Author: barakahislam
•Tuesday, October 27, 2009

Apabila yakin bahawa Allah SWT itu Maha Cantik dan Maha Indah meskipun tidak menyaksikan-Nya, tetapi diyakini dengan bukti tanda daripada ciptaan-Nya yang cantik dan indah, ibarat meyakini kejelitaan gadis di sebalik tabir, walaupun tidak melihatnya namun berdasarkan wajah ibu bapanya dan saudara mara sedarah sedagingnya yang rupawan. Boleh disimpulkan bahawa si gadis di sebalik tabir itu semestinya jelita. Pendirian sebegini tergolong sikap yang mempunyai asas yang munasabah.
Sekiranya seseorang boleh meyakini gadis di sebalik tabir itu jelita berdasarkan saudaranya rupawan belaka, meyakini bahawa Tuhan Maha Cantik berdasarkan keindahan dan kecantikan ciptaan-Nya.
Oleh yang demikian, jika jejaka sanggup bercakap lama dengan gadis di sebalik tabir, tidak munasabah seseorang tidak sedia bermunajat dengan Tuhan dalam solat malam agak lama juga.
Sedangkan kamu yakin bahawa Allah SWT Maha Cantik, Maha Kaya dan Maha dari segala-galanya. Mengapa kamu tidak berminat bermunajat dengan-Nya melalui solat malam sekalipun kamu tidak melihat-Nya.
Sekiranya manusia cantik rupawan yang kamu sayangi, berada di sebalik tabir ataupun did alma rumah yang gelap gelita, tentulah orang yang dikasihi itu merasa asyik dan seronok semata-mata berpeluang mendampingi meskipun tidak menatapinya.
Tidak dapat melihatnya bukanlah alasan, jejaka berkenaan tidak mencuri pandang walaupun hanya sejenak sahaja.
Bahkan kalau minta izin untuk menatapnya mungkin akan menjejaskan hatinya, seolah-olah tidak meyakini dan mempercayai keadaan dirinya.
Bukankah ibu bapa dan adik beradik dan keluarganya daripada kalangan yang rupawan dan berbudi bahasa, berdasarkan alasan itu, tidakkah hujah akal boleh dijadikan sandaran untuk meyakini hakikat tersebut?
Seseorang yang bangun kerana qiamullail lalu beristighfar mohon ampun kepada-Nya, kerana tiada Tuhan melainkan Dia, dengan berkata demikian kepada Allah SWT menyebabkan hatinya merasa gembira ria.
Ataupun dengan pujian: "Wahai Tuhan, hamba memuji-Mu dalam keadaan tidak tahu sekadar mana pujian itu, namun berpadanan dengan Keagungan dan Kemuliaan-Mu"
Kelu lidah ntuk mengatur pujian, namun seagung dan seindah mana pun maka sebanyak itulah puji sanjungan kepada-Mu wahai Tuhan.
Umpama orang yang cakap dengan kekasihnya dengan kata-kata sanjungan cinta yang mengasyikkan, dengan itu timbul rasa segar di hati yang menuturnya. Walaupun belum dipasti jawapan gadis pujaannya sama ada menerima atau sebaliknya.
Kalau boleh setiap kata sanjungan dapat didengar oleh gadis pujaanya itu, meski pun gadis tersebut sudah mengetahui yang jejaka berkenaan sayang dan mencintai dirinya. Itulah situasi yang mendamaikan jiwa.
Begitu juga bagi mereka yang sanggup bingkas bangun qiamullail untuk mendapatkan kelazatan mendedah situasi diri kepada Allah SWT, dengan menceritakan ehwal perangai dirinya kepada Tuhan melalui ayat-ayat yang dibaca.
Semoga Allah memperbetulkan segala yang menyimpang daripada jalan-Nya, andai khusyuk ibadah solatnya agar dimakbulkan oleh-Nya. Kerana yakin bahawa Dia tidak menghendaki hamba-Nya berterusan sengsara.
Meskipun Allah SWT Maha Tahu segala yang tersemat di hati insan, namun Dia menghendaki agar hamba itu memberitahu-Nya.
Terasa indah dan lazat di hati apabila dapat mencurah segala hal ehwal diri kepada-Nya, justeru Tuhan telah memberitahu di dalam firman-Nya:
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (Al-Ghafir: 60)
Mendedahkan diri kepada Allah SWT ialah mendedahkan segala rahsia diri kepada-Nya, melalui apa jua bacaan ayat dalam solat malam.
Hatta kita berdiri sahaja tanpa berkata-kata sudah dikira sebagai berdoa. Umpama tok fakir berdiri di hadapan rumah orang kaya, dengan tercacak berdiri itu dapat difahami oleh tuan rumah hasrat si fakir itu.
Lebih-lebih lagi bagi orang yang yakin bahawa solat malamnya laksana mengemukakan kertas kerja, mencatatkan perkara yang amat dihajati oleh sang hamba.
Bukan pembawa kertas kerja sahaja yang tumpu perhatian, tetapi Tuhan pun sama tumpu kepada fail yang dibentangkan untuk pertimbangan-Nya.
Ibarat seseorang bersemuka dengan raja (pemimpin), dia kemuka hajatnya yang mustahak pada malam yang sepi. Orang berkenaan merasa optimis dan besar harapan, agar hajatnya dipertimbangkan oleh raja berkenaan.
Jika seorang rakyat berharap sungguh bahawa segala hajatnya diperkenankan oleh raja (pemerintah), maka lebih lagi hajatnya kepada Allah SWT. Ini kerana perkara di sisi-Nya lebih kekal (baqa) dan lebih manfaat di sisi orang lain. Kepada Allah SWT diletakkan sebesar gunung harapan, kerana Dia Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pemberian raja kepada rakyat tidak serupa dengan kurnia Allah SWT kepada hamba-Nya, kerana pemberian raja akan habis dalam suatu jangka masa.Sedangkan Allah SWT lebih kekal dan lebih mendatangkan menfaat. Jika Allah SWt mengurniakan pahala atas amal salih yang dilaksanakan, ia akan kekal dan mendatangkan manfaat di akhirat kelak.- makalah pmram
This entry was posted on Tuesday, October 27, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ngomen: