

Apabila kita seorang guru
Pastikan kita berjiwa guru
Berhati bersih dan suci
Tidak ada benci membenci
Hati dan minda sentiasa terbuka
Tiada dendam dan prasangka
Bila kita berjiwa guru
Pastikan perkataan ini tidak diguna:
"Masa kerja telah habis"
"Itu bukan kerja saya"
"ini bukan kerja murid"
"Saya tidak dapat apa-apa"
"Buat apa susah-susah"
"Cukuplah apa yang kita sudah buat"
"Buat apa kerja rajin-rajin"
Ingatlah !
Sekali kita bergelar cikgu
Perkataan kita jadi ingatan
Kelakuan kita jadi ikutan
Amalan kita jadi panduan
Oleh itu...
Jadilah cikgu berjiwa guru
*Hati bersih sentiasa pemaaf
*Rela bekerja bila-bila masa
kerana sedar kerja itu ibadah kita
*Guru yang mulia mesti berhati mulia
semoga Allah memberkati
semua cikgu yang berjiwa guru
*Semoga semua cikgu berjiwa guru


Tetapi malang, kebiasaannya orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Seorang manusia yang bijak akan memikirkan sesuatu yang mudah itu suatu perkara yang sukar. – Bertrand Rusel


Sekiranya seseorang boleh meyakini gadis di sebalik tabir itu jelita berdasarkan saudaranya rupawan belaka, meyakini bahawa Tuhan Maha Cantik berdasarkan keindahan dan kecantikan ciptaan-Nya.
Oleh yang demikian, jika jejaka sanggup bercakap lama dengan gadis di sebalik tabir, tidak munasabah seseorang tidak sedia bermunajat dengan Tuhan dalam solat malam agak lama juga.
Sedangkan kamu yakin bahawa Allah SWT Maha Cantik, Maha Kaya dan Maha dari segala-galanya. Mengapa kamu tidak berminat bermunajat dengan-Nya melalui solat malam sekalipun kamu tidak melihat-Nya.
Sekiranya manusia cantik rupawan yang kamu sayangi, berada di sebalik tabir ataupun did alma rumah yang gelap gelita, tentulah orang yang dikasihi itu merasa asyik dan seronok semata-mata berpeluang mendampingi meskipun tidak menatapinya.
Tidak dapat melihatnya bukanlah alasan, jejaka berkenaan tidak mencuri pandang walaupun hanya sejenak sahaja.
Bahkan kalau minta izin untuk menatapnya mungkin akan menjejaskan hatinya, seolah-olah tidak meyakini dan mempercayai keadaan dirinya.
Bukankah ibu bapa dan adik beradik dan keluarganya daripada kalangan yang rupawan dan berbudi bahasa, berdasarkan alasan itu, tidakkah hujah akal boleh dijadikan sandaran untuk meyakini hakikat tersebut?
Seseorang yang bangun kerana qiamullail lalu beristighfar mohon ampun kepada-Nya, kerana tiada Tuhan melainkan Dia, dengan berkata demikian kepada Allah SWT menyebabkan hatinya merasa gembira ria.
Ataupun dengan pujian: "Wahai Tuhan, hamba memuji-Mu dalam keadaan tidak tahu sekadar mana pujian itu, namun berpadanan dengan Keagungan dan Kemuliaan-Mu"
Kelu lidah ntuk mengatur pujian, namun seagung dan seindah mana pun maka sebanyak itulah puji sanjungan kepada-Mu wahai Tuhan.
Umpama orang yang cakap dengan kekasihnya dengan kata-kata sanjungan cinta yang mengasyikkan, dengan itu timbul rasa segar di hati yang menuturnya. Walaupun belum dipasti jawapan gadis pujaannya sama ada menerima atau sebaliknya.
Kalau boleh setiap kata sanjungan dapat didengar oleh gadis pujaanya itu, meski pun gadis tersebut sudah mengetahui yang jejaka berkenaan sayang dan mencintai dirinya. Itulah situasi yang mendamaikan jiwa.
Begitu juga bagi mereka yang sanggup bingkas bangun qiamullail untuk mendapatkan kelazatan mendedah situasi diri kepada Allah SWT, dengan menceritakan ehwal perangai dirinya kepada Tuhan melalui ayat-ayat yang dibaca.
Semoga Allah memperbetulkan segala yang menyimpang daripada jalan-Nya, andai khusyuk ibadah solatnya agar dimakbulkan oleh-Nya. Kerana yakin bahawa Dia tidak menghendaki hamba-Nya berterusan sengsara.
Meskipun Allah SWT Maha Tahu segala yang tersemat di hati insan, namun Dia menghendaki agar hamba itu memberitahu-Nya.
Terasa indah dan lazat di hati apabila dapat mencurah segala hal ehwal diri kepada-Nya, justeru Tuhan telah memberitahu di dalam firman-Nya:
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (Al-Ghafir: 60)
Mendedahkan diri kepada Allah SWT ialah mendedahkan segala rahsia diri kepada-Nya, melalui apa jua bacaan ayat dalam solat malam.
Hatta kita berdiri sahaja tanpa berkata-kata sudah dikira sebagai berdoa. Umpama tok fakir berdiri di hadapan rumah orang kaya, dengan tercacak berdiri itu dapat difahami oleh tuan rumah hasrat si fakir itu.
Lebih-lebih lagi bagi orang yang yakin bahawa solat malamnya laksana mengemukakan kertas kerja, mencatatkan perkara yang amat dihajati oleh sang hamba.
Bukan pembawa kertas kerja sahaja yang tumpu perhatian, tetapi Tuhan pun sama tumpu kepada fail yang dibentangkan untuk pertimbangan-Nya.
Ibarat seseorang bersemuka dengan raja (pemimpin), dia kemuka hajatnya yang mustahak pada malam yang sepi. Orang berkenaan merasa optimis dan besar harapan, agar hajatnya dipertimbangkan oleh raja berkenaan.
Jika seorang rakyat berharap sungguh bahawa segala hajatnya diperkenankan oleh raja (pemerintah), maka lebih lagi hajatnya kepada Allah SWT. Ini kerana perkara di sisi-Nya lebih kekal (baqa) dan lebih manfaat di sisi orang lain. Kepada Allah SWT diletakkan sebesar gunung harapan, kerana Dia Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pemberian raja kepada rakyat tidak serupa dengan kurnia Allah SWT kepada hamba-Nya, kerana pemberian raja akan habis dalam suatu jangka masa.Sedangkan Allah SWT lebih kekal dan lebih mendatangkan menfaat. Jika Allah SWt mengurniakan pahala atas amal salih yang dilaksanakan, ia akan kekal dan mendatangkan manfaat di akhirat kelak.- makalah pmram


Menyusur liku di alur pipi
Menangislah...jika tangisan mu bisa
Menghanyutkan jauh sejuta keperitan
Sekeping hati lara
Ku tahu kau pedih
Ku tahu kau sedih
Ku tahu kau duka
Ku tahu kau derita
Menangislah mata...
Membasuh kekusaman seraut wajah
Menangislah...jika tangisan mu bisa
Melakarkan kembali sejuta senyuman
Seriak ceria luka
Ku tahu kau ingin tawa
Ku tahu kau ingin manja
Ku tahu kau ingin senda
Ku tahu kau ingin segala
Sahabatku....
Apapun aku dan siapapun kamu
Ingin ku sapu air mata itu
Biarpun beralas sehelai doa
Kerana titisnya menghiris naluri mu
Kerana titisnya meresap resah kalbuku
Sahabatku...
Betapa banyak pun kau izinkan
Gerimis salju luka itu mengalir
Melambai sayu sinar 'ain mu
Namun tetap ku hampar sejadah keyakinanku
Bahawa...
Pada sendu mu ada Dia
Pada tangis mu ada Dia
Pada pilu mu ada Dia
Pada harap mu ada Dia
Pada bisik suara mu ada Dia
Pada segalanya kamu ada Dia....


"Akan hilangnya Islam itu dengan empat perkara :
1 - Bila orang Islam tidak mengetahui akan apa yang mereka amalkan
2 - Bila orang Islam tidak mengamalkan akan apa yang merek ketahui
3 - Bila orang Islam tidak ingin belajar akan apa yang mereka tidak ketahuinya
4 - Bila orang Islam sendiri yang menghalang manusia lain daripada mempelajari ilmu."
"Apakah itu tanda-tanda orang yang mendapat kecelakaan ?" Abu Uthman menjawab : "Tanda-tanda orang yang mendapat kecelakaan itu tiga perkara :
1- Orang yang direzekikan dengan ilmu tetapi dia tidak beramal
2- Orang yang direzekikan dengan beramal tetapi dia tidak beramal
3- Orang yang diresekikan dengan beramal tetapi dia tidak beramal dengan ikhlas
Air mata ibu yang dibahagiakan menghanyutkan kita ke Taman Syurga... Air mata ibu yang dideritakan melemaskan kita ke Dasar Neraka...
1. Apabila engkau sedang sembahyang maka jagalah baik-baik fikiranmu
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain maka jaga-jagalah matamu
3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagala lidahmu
4. Apabila engkau berada di majlis jamuan makan maka jagalah perangaimu
5. Ingatlah kamu kepada Allah selalu
6. Ingatlah selalu akan mati
7. Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain
8. Lupakanlah kesalahan orang lain terhadapmu
3. Peniaga yang menipu
4. Minum arak
5. Menganjur dan menyokong majlis maksiat
6. Melakukan zina
7. Menipu dan memakan harta anak yatim
8. Meringankan sembahyang
9. Tidak mengeluarkan zakat
10. Panjang angan-angan serta tidak segera bertaubat
11. Tinggalkan sembahyang
12. Menderhakai ibubapa
13. Menabur fitnah
14. Suami bersifat dayus
15. Berdusta
16. Mencari dan memakan rezeki haram
17. Melakukan sihir
18. Bersifat dengki dan khianat
19. Melakukan perkara yang diharamkan Allah
2. Tolong menolong kerana Allah
3. Beramal ibadat sejak usia muda
4. Jauhkan diri dan keluarga daripada fitnah zina
5. Banyakkan sembahyang tahajjuj
6. Menangis kerana takutkan Allah
7. Membiasakan bersedeqah
8. Menghubungkan hati dengan masjid
9. Sentiasa berjemaah
10. Sentiasa berada di tempat pengajian agama
11. Menziarahi orang sakit
12. Mengiringi jenazah ke kubur - bagi lelaki
13. Mendamaikan perbalahan
14. Menolong anak yatim dan memerlukan
15. Melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang Allah.



Di mana setanggi itu…?
Kala merbak baunya meragut fikirku
Kadang mencorak warna mimpi
Tak pernah ku bayangkan
Andai dapat ku cari datangnya
Ingin saja ku harumkan setiap bebayangmu
Yang hadir di depan sedarku
Yang menamu di dahan lenaku
Biar saja ke mana pun kau pergi
Namun tetap kan ku jejaki
Menyusun tapak deria kasihku
Padamu...
Di mana sepoi itu...?
Berlagulah di sepi damai malam
Hembuskan suaramu bersama rinduku
Pekikkan laungan kasihku di telinganya
Biar bergegar denyut nadi
Mengalir pada saraf-saraf rindu
Rindunya untukku...
Di mana cahaya itu...?
Biasan sinar sepasang mata
Terpegun aku
Pada silaunya yang menikam
Menghangat bongkah salju kesepian
Lantas ku biarkan
Seingin mana saat berlalu
Kerana ku tahu sepiku
kian mencair dalam arus rindu
Hanyut ke laut CINTAmu
Nukilan: zaidi(barakahislam)


Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj.
Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka." Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari) - lanh _
http://www.youtube.com/watch?v=CKLgGmoJgHQ
Sahabat2ku...,
anak2 muridku...,
saudara maraku...,
muslimin dan muslimat...,
atau siapapun aku dan kamu sekalian...
carilah harga yang tak ternilai di sebalik air mata yang dianugerahkan...
Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.
Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.
Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.
Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.
Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam". Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.
Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya.Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.
Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal. Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.
Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Buat Semua Sahabat...Muslimin dan Muslimat...Guru-Guru...Teman-Teman Seperjuangan...Dan Semua Yang Mengenali Diri Saya....Terutama Pengunjung
dan Yang Memberi Komen Serta Tunjuk Ajar Kepada Blog Saya....

Juataan Terima Kasih Buat Cikgu Blog Kerana Sudi Mengajar Saya Cara-Cara Untuk Membina Blog. Dengan Semangat Kesabaran Yang Tinggi Dan Berkorban Masa Akhirnya Wujudlah Blog Ini. Meskipun Tidak Secanggih Blog Tuan2 atau Puan2 Tapi Inilah Permulaannya...Tinggal Lagi Peroses Penambahan Dan Pengeditannya Lagi...
Apa Pun Sokongan Dan Bantuan Kalian Sentiasa Diperlukan... Syukran Lak !
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
- putus asa daripada rahmat “ALLAH”
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi
Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa