Author: barakahislam
•Wednesday, December 30, 2009
Di sini
Aku bukan siapa-siapa
Yang bisa kau tafsirkan
Dan aku adalah aku
Sedaya memahami sebuah rintihan
Sekeping hati yang berbisik
Kadang milikku sendiri
Kadang milikmu
Kadangpun milik siapa-siapa

Pernah dulu ku biarkan
Bisik hati ini berlagu lembut
Dalam irama keluh kesah
Setiap saat yang tersaksi
Hanya menjadi pemandang setia
Pada senyum dulu kian terhalau
Dan pada yang tinggal cuma
Sepasang bibir berwarna hambar
Pun tawaan manis tak tersisa
Hangus dibakar marak keangkuhan
Yang terselindung indah
Di sebalik mulus sebuah keayuan

Hanya kata dua bisa ku berikan
Dalam kesopanan berbadai
Antara langkah kita terus seiring
Atau kita yang bakal memerhatikan
Pada serkahan dahan kasih
Gugur tak terkutip

Apa yang pasti
Hati ini meraung dalam bisikan sendiri
Memanggil sebuah kejujuranmu
Mencabut serpihan dahan itu
Tertusuk dalam
Menembusi segala saraf kesabaran
Dan kesetiaanku
Namun apa yang bertandang hanyalah
Titis-titis air mata yang berderai
Utusan suci dari lubuk jiwa

Disini kini
Hatiku berbisik lagi
Suaranya tidak selemah dulu
Penuh ketenangan
Penuh keyakinan
Penuh pengabdian
Cintailah Dia.....
Cintailah Dia.....
Cintailah Dia.....

Nukilan terpelihara: barakahislam/29.12.2009
Author: barakahislam
•Tuesday, December 22, 2009
Ini adalah sekadar renungan buat kita semua, dan jika diamalkan adalah baik, untuk menambahkan keharmonian dalam hubungan CINTA mahupun alam PERKAHWINAN...
Bersifat Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarkan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona. =>Nurin
Author: barakahislam
•Saturday, November 21, 2009
Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Bercuti akhir Tahun Kepada
Semua Guru-Guru terutamanya Guru Blogger dan rakan-rakan sejawat
semoga sepanjang cuti ini menjadi suatu kesempatan yang berharga dalam
meneruskan tugasan untuk 2010 nanti.
Juga ana mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Idil Adha buat semua
semoga ibadat korban yang kalian tunaikan pada tahun ini diterima Allah
sebulat-bulatnya tanpa pengurangan pahala sedikit pun.
Ana terpaksa balik kampung pada khamis depan gak dek kerana sifat tidak bertimbangrasa
dan tidak berperikemanusiaan Guru Besar yang tidak memikirkan kebajikan anak buah langsung tetap ingin menambah bilangan kekalahan yang sekian ada dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah.
Dengan ikhlas ana katakan...dengan penuh kekuasaan dan kezaliman beliau tergamak memberikan tugasan sehingga 25/11/2009. Jadi Khamis gak le terpaksa bertolak.
Semoga Kekalahan yang teruk, kecelakaan dan kutukan yang besar Allah timpakan ke atas Beliau....Amin.
Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti...
Author: barakahislam
•Thursday, November 12, 2009
JIWA GURU

Apabila kita seorang guru
Pastikan kita berjiwa guru
Berhati bersih dan suci
Tidak ada benci membenci
Hati dan minda sentiasa terbuka
Tiada dendam dan prasangka


Bila kita berjiwa guru
Pastikan perkataan ini tidak diguna:
"Masa kerja telah habis"
"Itu bukan kerja saya"
"ini bukan kerja murid"
"Saya tidak dapat apa-apa"
"Buat apa susah-susah"
"Cukuplah apa yang kita sudah buat"
"Buat apa kerja rajin-rajin"

Ingatlah !
Sekali kita bergelar cikgu
Perkataan kita jadi ingatan
Kelakuan kita jadi ikutan
Amalan kita jadi panduan

Oleh itu...
Jadilah cikgu berjiwa guru
*Hati bersih sentiasa pemaaf
*Rela bekerja bila-bila masa
kerana sedar kerja itu ibadah kita
*Guru yang mulia mesti berhati mulia
semoga Allah memberkati
semua cikgu yang berjiwa guru
*Semoga semua cikgu berjiwa guru
Author: barakahislam
•Tuesday, November 10, 2009
"Sesungguhnya 6 perkara yang membuatkan hati mereka rosak :

1. Mereka yang sengaja berbuat dosa dengan mengharapkan dapatbertaubat
2. Mereka yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya
3. Mereka yang beramal tetapi tidak ikhlas
4. Mereka yang memakan rezeki daripada Allah tetapi tidak bersyukur
5. Mereka yang tidak merasa sengang dengan ketentuan Allah
6. Mereka yang menanam mayat/jenazah tetapi tidak mahu mengambil pengajaran

- Imam Hassan Al Basri

"Barangsiapa yang tidak takut kepada Allah maka lidahnya tidak akan selamat dari mengucapkan perkataan yang buruk"
"Barangsiapa yang tidak takut bertemu dengan Allah maka hatinya tidak akan selamat dari yang haram dan yang syubhah"
"Barangsiapa yang tidak memutuskan harapannya daripada makhluk maka dia tidak akan selamat dari sifat tamak"
"Barangsiapa yang tidak memelihara ibadatnya maka dia tidak akan selamat dari sifat riya'"
"Barangsiapa yang tidak bermohon kepada Allah Taala supaya dipelihara hatinya maka dia tidak kan selamat dari sifat hasad"
"Barangsiapa yang tidak melihat kepada orang yang lebih utama ilmu dan amalannya maka dia tidak akan selamat dari sifat 'ujub"

-Kata2 Ahlul Hikmah