Author: barakahislam
•Monday, February 08, 2010
Al Ahnaf bin Kias adalah seorang ulama yang terkenal semasa hidupnya. Pada suatu hari seorang pemuda telah datang menziarahinya. Kediamannya sering dikunjungi oleh mudir-murid serta sahabat-sahabatnya yang datang untuk mendapatkan ilmu dan pengajaran daripadanya. Kedatangan pemuda itu telah menarik perhatian ulama tersebut kerana beliau mendapati pemuda itu sangat tampan dan kacak lalu beliau pun bertanya:

"Wahai orang muda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?"

"Benar tuan, saya memang ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu."Jawab pemuda itu dengan sopan dan ringkas. Kemudian dia menyambung:

"Kalau bercakap saya tidak bohong, kalau ada orang bercakap saya dengar, kalau saya berjanji saya tepati dan kalau saya diberi amanah saya tidak khianati."
Berkata Al Ahnaf:
"Benar seperti apa yang engkau kata wahai orang muda. Sesungguhnya kau telah hiasi dirimu dengan akhlak yang tinggi dan terpuji."