Author: barakahislam
•Tuesday, March 08, 2011

Disini contoh cara membahagiakan isteri diambil dari Majalah Wanita.

1. Membina Pertemuan yang Manis

Setiap kali pulang dari kerja pulanglah dengan muka yang manis bukannya membawa masalah di tempat kerja kerumah. Berilah salam sambil melemparkan senyuman kepada isteri ketika pulang bekerja. Isteri pula sambut le…nanti suami tersengih sorang-sorang orang ingat gila pulak.

2. Mengucapkan Kata-kata yang Baik

Setiap kali berbicara dengan isteri, pilihlah kata-kata yang baik yang boleh memberi kesan positif. Elakan menggunakan perkataan-perkataan yang negatif. Memberi perhatian kepada isteri ketika isteri ingin bercerita sesuatu. Ini akan membuatkan isteri akan terasa dihargai lebih-lebih lagi jika suami memanggil dengan nama panggilan mesra.

Bagaimanapun, kebanyakan suami biasanya akan buat-buat pekak apabila isteri mula bercerita mengenai nak langsir baru,kerusi baru,gelang baru dan baju baru. Kalau setahun sekali mungkin akan dengar kalau setiap kali gaji masuk…Mesti suami tiba-tiba jadi pekak.

3. Meluangkan Masa Bersama Isteri

Walaupun sibuk dengan urusan harian dan kerja. Teman hidup tidak boleh diabaikan. Kalau pada hari biasa sudah sibuk dengan urusan kerja apa salahnya pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama anak dan isteri.

Bukan tiap-tiap minggu nak main golf dengan Datuk-datuk??

4. Bergurau Senda

Jika sebelum kahwin “U ni klaka la…suka buat lawak…I like” apabila sudah kahwin. “Abang ni kelawar dah tak kelako!!!”. Hidupkan suasana ceria dirumah agar kehidupan rumah tangga kita lebih ceria.

Mungkin alasan yang biasa si suami untuk keluar melepak sampai 2,3 pagi “Bosan la duk umah”.
Kalau suami bosan pastinya isteri pun bosan. Jangan pentingkan diri.

5. Bantu Isteri dalan Tugasan Harian

Bantu isteri dalam menguruskan rumah tangga. Basuh baju,masak, jaga anak dan apa sahaja berkaitan. Sebernarnya ini antara bahagian yang agak sukar untuk suami lakukan…ehem!!!

6. Sentiasa Berbincang

Setiap masalah suami perlu berbincang dengan isteri terutamanya berkaitan dengan masalah rumah tangga. Ini menunjukan pendapat isteri amat penting bagi suami dan isteri akan terasa dihargai. Jadi suami juga perlu mendengar pendapat isteri bukan menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan.

7. Menziarahi Sanak Saudara Kedua Belah Pihak

Suami tidak boleh mengabaikan pihak isteri. Jika sanak saudara kita selalu diziarahi maka begitu juga sanak saudara belah isteri.

8. Apabila Meninggalkan Isteri

Kadang kala suami mungkin perlu kerja luar (jangan makan luar yea). Jadi sebelum meninggalkan isteri ada beberapa perkara dicadangakan suami lakukan :

- Ucapkan selamat tinggal dengan mesra dan memberi nasihat yang baik kepada isteri

- Baca doa safar (doa yang dalam gambar kat atas tu la)

- Berpesan kepada isteri untuk mendoakan kesejahteraan anda pergi dan pulang.

- Tinggalkan wang untuk keperluan secukupnya kepada isteri dan anak-anak

- Pulang secepat mungkin selepas selesai urusan

- Membawa pulang buah tangan kepada isteri dan anak-anak.

- Kalau boleh elakan pulang pada waktu yang tidak sesuai seperti ketika isteri sedang nyenyak tidur pada waktu malam.

- Bawa isteri bersama jika diizinkan.


Salam Ukhuwah..~ ( Sapo2 yg ado bini tu...bulih laaa... ~barakahislam~)
This entry was posted on Tuesday, March 08, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ngomen: