•Sunday, January 24, 2010
Mengikut pendapat Imam Sufian Al Thauri, sepuluh perkara yang dilakukan akan menjadi sia-sia sahaja meskipun kita beria-ia melakukannya. Antaranya ialah :
- Lelaki dan perempuan yang berdoa untuk dirinya sendiri sedangkan ia tidak memohon sama buat ibubapa dan saudara seislam.
- Lelaki yang memasuki masjid sehingga dia keluar tetapi tanpa mengerjakan dua rakaan tahiyyatul masjid.
- Orang yang kerap membaca Al Quran tetapi tanpa tertib hingga 100 ayat setiap hari.
- Lelaki yang memasuki sesebuah kota pada hari Jumaat tetapi dia tidak mengerjakan solat Jumaat sehingga ia keluar.
- Orang yang melawati perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam dan tidak mendoakan buat ahli kubur.
- Dua orang yang bersahabat tetapi saling tidak bertanyakan tentang keadaan dan keluarga masing-masing.
- Orang muda yang yang meninggalkan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkannya dengan menuntut ilmu dan membina budi pekerti.
- Lelaki dan perempuan yang hidup di kalangan ulamak tetapi mengambil kesempatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
- Lelaki yang mengundang tetamu ke rumahnya tetapi dia tidak melayannya sebagai tetamu.
- Orang yang tidak memperdulikan nasib jirannya yang kelaparan sedangkan dia kekenyangan di dalam rumah.
0 ngomen: